Selasa, 24 Ogos 2010

PETUA TRADISIONAL...

PETUA MENJARAKKAN KEHAMILAN :

- bagi ibu-ibu yang hamil terlalu kerap ,elok mengamalkan resepi ini untuk  enjarangkan anak.

BAHAN-BAHAN

# lengkuas - seulas
# lada hitam - 10 biji
# ragi - seperempat dari sebuku
# halia - seulas

CARA PENYEDIAAN

# semua bahan di atas ditumbuk hingga lumat dan di campur dengna air mendidih.kemudian,ditapis ,ambil airnya .setelah itu,bahan tadi dicampur dengan sedikit garam dan air limau nipis.

CARA PENGGUNAAN

# minum sebulan sekali sebelum tidur.jika telah mengandung,jangan minum air ini lagi kerana boleh menyebabkan keguguran.

MASALAH KETIKA MENGANDUNG..

1- RASA MUAL  : Rasa mual / loya adalah perkara biasa bagi wanita mengandung.Untuk mengatasinya, Banyakkan minum air suam.Elakkan minum air yang mengandungi lemak seperti susu dan kacang soya di waktu-waktu anda rasa tidak selesa.cuba makan sedikit asam dan biskut sejam sekali.

2- SAKIT TULANG PINGGANG ,PUNGGUNG DAN BAHU : Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi kerana boleh mengubah posisi tulang punggung dan mempengaruhi kedudukan tubuh dan menyebabkan tegang.Tidur di atas tilam yang mampat (teguh).sebelum bangun,pusing badan mengiring dahulu.

3- KEJANG OTOT : Biasanya berpunca daripada berdiri lama atau cuaca sejuk. cara mengatasi kejang otot ialah bergilir-gilir antara berdiri dengan duduk dan jika udara sejuk ,pakailah stokin .senaman juga boleh diamalkan .minyak panas juga boleh disapu bagi membantu rasa tidak selesa tersebut.

4- PENING/PITAM : Boleh berpunca daripada berdiri terlalu lama atau keadaan bilik terlalu panas ,kekurangan udara ,kurang darah ,atau tekanan darah rendah. Cuba elakkan suasana bilik yang terlalu panas atau tertutup.elakkan baring secara terlentang,kerana bebanan rahim akan menekan saluran darah utama dan melambatkan pengembalian darah ke jantung.

5-KELETIHAN : Ibu yang mengandung akan mudah merasa penat.Makan makanan yang berkhasiat serta tidur yang mencukupi.Jika ingin tidur, ambil masa yang baik,iaitu waktu sebelum zuhur  (waktu qailullah) dan elakkan tidur ketika waktu-waktu tidak baik seperti selepas subuh ,selepas asar ,waktu senja dan selepas maghrib .Juga tidur selepas makan.

6- SEMBELIT : Cara mengatasi sembelit dengan banyak memakan makanan yang melawaskan seperti salad ,buah-buahan (limau /oren), minum air masak .



# PETUA UNTUK TEKANAN  DARAH TINGGI #


Bahan 1:

Bayam dicelur dengan air panas sedang mendidih

Bahan 2 :

 Gula kabung..........................10 gram
Asam jawa.............................5 gram
Bawang merah .......................5 gram
Lada sulah..............................10 gram
Cili api ...................................15 gram
Garam.....................................secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

Bahan 2 ditumbuk hingga lumat menjadi sprti sambal,dan dimakan bersama bayam ( bahan 1) yang dicelur.Makan bersama nasi.Amalkan sehingga tekanan darah normal.

REHAT SEJENAK. 1

video



Isnin, 23 Ogos 2010

AMALAN KEROHANIAN..

'WAHAI IBU...DIDIKLAH ANAKMU SEJAK IA DI DALAM KANDUNGANMU LAGI...
KETIKA ANAK MASIH DALAM KANDUNGAN ,SEWAKTU TELAH DITIUP ROH, (SETELAH BERUMUR 120 HARI ATAU 4 BULAN ) HENDAKLAH IBU DAN BAPANYA MELAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENDIDIK ROHANI ANAK MEREKA.'

ANTARA AMALAN YG BOLEH DIAMALKAN:

1- MEMPERBANYAKKAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR
      -Berdoalah sentiasa kepada ALLAH kerana hanya DIA yg maha berkuasa dan maha  mengetahui perkara baik dan buruk..
      -Ingatlah...walau sehebat manapun dugaan semasa mengandung...sentiasalah kamu yakin dan berpegang dengan kekuasaaan ALLAH mendahului segalanya.

2-PERBANYAKKANLAH BERPUASA SUNAT
   -Khusus untuk suami,banyakkan berpuasa sunat sekurang-kurangnya seminggu 2 hari atau sehari pada hari isnin dan khamis
   -Bagi ibu,sekiranya tidak memberi kemudaratan pada bayi,bolehlah diamalkan.

3-TIDAK BERCAKAP YG SIA-SIA
   -Hindarkanlah daripada bercakap perkara yang mendatangkan dosa seperti mengumpat dan sebagainya.sebaliknya basahilah lidah dengan zikir.

4-BANYAK MEMBACA AL-QURAN
  -Bajailah hatimu dan pendengaran anakmu dgn ayat-ayat ALLAH.

  -Antara surah bacaan semasa mengandung:

  # surah al fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan

  # surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat

  # surah Luqman - untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

  # surah Yusuf - untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak

  # surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati

  # surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

  # surah At Taubah - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

  # surah An Nahl- untuk melahir anak yang berdisiplin

5- BANYAK BERDOA
   - Banyakkan bangun malam..berdoa kepadanya ..sentiasa dekat kepadanya.

anak yang menyejukkan hati...

- YA ALLAH..semoga anak-anak kami  bacaannya seperti ini...AMIN...




video

AMALAN UNTUK IBU-IBU MENGANDUNG...

" APAKAH redha hai golongan wanita,bahawasanya seorang wanita yang sedang hamil dari suaminya yang telah dinikahi dengan halal (menurut syariat islam) . Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang berjihad fisabilillah.Apabila ia merasa sakit untuk melahirkan anaknya,maka ia mendapat pahala yang banyak sekali sehingga manusia tidak mengerti berapa banyaknya pahala itu.Apabila telah lahir,lalu disusui,bagi ibu itu setiap teguk dari susunya , Allah memberi dia pahala satu kebaikan.Apabila si ibu semalaman tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah."

-riwayat al-hasan bin safwan,tabrani dan ibnu as-sahin dan salamah yang menyusukan sayyidina ibrahim putera rasulullah s.a.w.


PROSES KEJADIAN MANUSIA....

1-Air mani (lelaki) + Telur (wanita)
              (40 HARI)

2-Segumpal darah ('ALAQAH)
               (40 HARI)

3-Seketul daging (MUDGHAH)
               (40 HARI)

4-Ditiupkan roh

5-Dicatatkan 4 perkara :
     a) rezeki  b)umur    c)amalan   d)celaka / bahagia