Isnin, 23 Ogos 2010

AMALAN KEROHANIAN..

'WAHAI IBU...DIDIKLAH ANAKMU SEJAK IA DI DALAM KANDUNGANMU LAGI...
KETIKA ANAK MASIH DALAM KANDUNGAN ,SEWAKTU TELAH DITIUP ROH, (SETELAH BERUMUR 120 HARI ATAU 4 BULAN ) HENDAKLAH IBU DAN BAPANYA MELAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENDIDIK ROHANI ANAK MEREKA.'

ANTARA AMALAN YG BOLEH DIAMALKAN:

1- MEMPERBANYAKKAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR
      -Berdoalah sentiasa kepada ALLAH kerana hanya DIA yg maha berkuasa dan maha  mengetahui perkara baik dan buruk..
      -Ingatlah...walau sehebat manapun dugaan semasa mengandung...sentiasalah kamu yakin dan berpegang dengan kekuasaaan ALLAH mendahului segalanya.

2-PERBANYAKKANLAH BERPUASA SUNAT
   -Khusus untuk suami,banyakkan berpuasa sunat sekurang-kurangnya seminggu 2 hari atau sehari pada hari isnin dan khamis
   -Bagi ibu,sekiranya tidak memberi kemudaratan pada bayi,bolehlah diamalkan.

3-TIDAK BERCAKAP YG SIA-SIA
   -Hindarkanlah daripada bercakap perkara yang mendatangkan dosa seperti mengumpat dan sebagainya.sebaliknya basahilah lidah dengan zikir.

4-BANYAK MEMBACA AL-QURAN
  -Bajailah hatimu dan pendengaran anakmu dgn ayat-ayat ALLAH.

  -Antara surah bacaan semasa mengandung:

  # surah al fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan

  # surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat

  # surah Luqman - untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

  # surah Yusuf - untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak

  # surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati

  # surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

  # surah At Taubah - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

  # surah An Nahl- untuk melahir anak yang berdisiplin

5- BANYAK BERDOA
   - Banyakkan bangun malam..berdoa kepadanya ..sentiasa dekat kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan